Monday, June 14, 2010

Tamatnya sebuah perjalanan

Khamis yang lepas, secara sahnya, saya tamat Diploma selama 3 tahun yang berlangsung di Sarawak.

Pada mulanya, SPM saya tidaklah mebanggakan dek kerna main yang tidak sudah2. Jadi, apabila diterima masuk ke UiTM, rasa bagaikan Tuhan telah memberi satu peluang untuk menyambung belajar. There's a catch, ia berada di Sarawak.

Dahulu, sewaktu belajar di sekolah menengah, keluargaku selalu membuat lawak kalau saya jahat2, nanti kena hantar pergi Sabah / Sarawak. Ternyata kemasinan mulut mereka, aku dapat di Sarawak. Tidak ada apa2 hendak dibanggakan selain, tiketnya yang sangat mahal, tidak dapat pulang ke rumah setiap minggu, makannya tidak seperti di Semenanjung dan duitnya selalu tidak ada.

Mula2, Sarawak bagiku suram kerana keluargaku meninggalkan ku di situ dan berbulan2 selepas itu barulah dapat berjumpa (cuti sem) tetapi selepas hampir 3 tahun menetap di sana, aku sangat2 menyukai tempat tersebut dan rakan2 yang ku temui di sana. Walaupun aku tidak reti berkawan ramai2 dalam satu masa, tetapi kawan yang ku ada, cukup untuk mengembirakan hariku. Walaupun kami berbeza tempat, pendapat dan kaum, kami tetap bersama; pahit, manis, masam, cuka. 

Selepas tiga tahun, aku telah graduate dari situ. Percayalah, pengalamannya tidak dapat disamakan dengan budak2 yang belajar di Semenanjung. Perasaannya lain. Tetapi kita sebagai manusia, tak mungkin mempunyai perasaan yang sama. 

Wahai rakan2ku, tamatlah perjalanan kita sebagai pelajar diploma. Diharap kita belajar erti berdikari dan kehidupan di situ dan keseronokan belajar! HAHAHAHAHA.

p/s : Bahasa Baku menjadi igauan sekejap. Teringin.

H.

No comments:

Post a Comment

Serving;