Thursday, June 17, 2010

get rewarded!

Hamboi, nampak perkataan reward2 ni yang buat korang nak tekan2, apa ke benda la reward yang boleh korang dapat dengan senangnya. Ni bukan reward, login facebook dapat RM100, no, ini bukan cara2 hendak mendapatkan duit. Tetapi ini sangat berbeza dan bagus rewardnya!

Semestinya, semua orang pasti hendak ganjaran yang teramat lumayan kan?

Tipulah sape yang tak nak hadiah free.

I was strolling around facebook and found this, it's really informative and I wishes to share it with all the people in the world. Serious lah ni, takkan nak tipu plak kan?


Tapi kalu korang betul2 nak tau cmne nak dapat ganjaran, scroll bawah cket, okay?
































BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR

Barisan Pertama
Manusia tanpa tangan dan kaki
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya

Barisan Kedua
Manusia berwajah khinzir/babi hitam
Mereka di dunia melalaikan sembahyang atau sembahyang tetapi masih melakukan kemungkaran.

Barisan Ketiga
Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat

Barisan Keempat
Manusia mengalir darah dari mulutnya
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli

Barisan kelima
Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk
Mereka menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah

Barisan Keenam
Manusia yang tengkorak dan tengkuknya putus
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya

Barisan Ketujuh
Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya
Mereka di dunia enggan memberikan kesaksian atau menyembunyikan suatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan

Barisan Kelapan
Manusia berjalan terbalik (kepala di bawah, kaki di atas)
Manusia di dunia melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat

Barisan Kesembilan
Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi
Mereka di dunia makan harta anak yatim

Barisan Kesepuluh
Manusia bertubuh penuh dengan lipiradan blak (sejenis penyakit kulit yang sangat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada orang tua

Barisan Kesebelas
Manusia yang buta matanya, giginya seperti bertanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik
Mereka di dunia meminum arak

Barisan Kedua Belas
Manusia berwajah berseri dan bercahaya
Mereka di dunia golongan beriman dan beramal soleh

Kita duduk di barisan mana? Renungkanlah

Madresah Haji Lodin,
Changkat Jelutong, Changkat Perak


So agak2 lah, korang nak ganjaran yang mana satu eh? :) Harap2, korang aim no 12 tuh ye? Hee.

H.

No comments:

Post a Comment

Serving;